Kehidupan peribadi Zul_Ariffin

Kehidupan peribadi Zul banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini dikatakan pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon seangkatannya dalam Gerak Khas, Abby Abadi pada ketika pelakon itu memfailkan perceraiannya dengan Norman Hakim pada 2009, bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada 2012 dan masing-masing membawa haluan.[33][34][35] Beliau dikaitkan pula dengan penerbit filem terkenal Gayatri Su-Lin Pillai, bos syarikat Tayangan Unggul dan dikatakan sering berhubungan dengan penerbit filem itu dan hubungan mereka juga tidak kesampaian, Zul memilih untuk memutuskan perhubungannya dengan Gayatri yang masih membujang dan belum berkahwin.[36][37][38]

Pada tahun 2015, beliau dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson yang juga anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol MacWilson.[39] Beliau lebih suka tidak bercerita berkenaan hal peribadinya berbanding dengan kerjayanya.[40][41] Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada 2018 dan masing-masing membawa haluan. Ibu beliau, Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 akibat penyakit jantung.[42]

Rujukan

WikiPedia: Zul_Ariffin http://www.imdb.com/name/nm5795985/ http://www.mreena.com/2015/10/drama-uda-dan-dara.h... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/72... http://www.rotikaya.com/gayatri-beri-amaran-kepada... http://www.star2.com/entertainment/tv/2017/04/18/z... http://www.themalaymailonline.com/drive/article/fa... http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.zaofficial.com/ http://www.beritasemasa.com.my/biodata-zul-ariffin... http://www1.hmetro.com.my/node/62403